Iran FM says ‘no military solution’ to Yemen conflictTEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi semalam menegaskan tiada penyelesaian ketenteraan terhadap konflik yang semakin memuncak antara Arab Saudi dan kumpulan pemberontak Houthi yang disokong Tehran di Yaman, selepas kedua-dua pihak saling berbalas serangan.“Kami percaya tiada penyelesaian ketenteraan terhadap isu Yaman, Selat Bab al-Mandab dan isu serantau lain,” katanya dalam wawancara yang disiarkan akhbar milik kerajaan, Iran Daily, sambil menggesa supaya dialog diadakan.Araghchi berkata, situasi di Yaman ‘tidak boleh dikaitkan dengan Iran’ dan insiden di Selat Bab al-Mandab berpunca daripada pertikaian lama antara Yaman, Arab Saudi serta negara lain di rantau itu.Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, turut mengulangi pendirian sama dengan menyatakan Tehran bersedia memudah cara sebarang rundingan antara kedua-dua pihak.Konflik antara Houthi di Yaman dan Arab Saudi yang sebahagian besarnya membeku sejak gencatan senjata yang dirundingkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2022, kembali memuncak bulan ini apabila kumpulan pemberontak itu mengumumkan sekatan terhadap pelabuhan Arab Saudi serta mendakwa melancarkan serangan ke atas kapal tangki minyak.Sekatan itu mengancam keupayaan Arab Saudi menghantar bekalan ke seluruh dunia susulan sekatan selari (parallel) Iran terhadap Selat Hormuz, satu-satunya lagi laluan maritim bagi kerajaan itu.“(Usaha) menyambung semula dialog ke meja rundingan dan melaksanakan sepenuhnya pelan yang dipersetujui adalah satu-satunya penyelesaian untuk menamatkan penderitaan rakyat Yaman serta mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini,” kata Baqaei.Pada Disember 2023, Arab Saudi dan Houthi bersetuju memulakan proses damai, namun usaha itu terungkai ketika perang Israel-Hamas di Gaza apabila kumpulan pemberontak berkenaan menyerang sasaran di Israel serta perkapalan antarabangsa di Laut Merah dan Teluk Aden.Semalam, jurucakap Houthi menegaskan kumpulan itu tidak menyekat semua trafik melalui Selat Bab al-Mandab dan sekatan maritim yang dilaksanakan ‘hanya memberi kesan kepada pihak Arab Saudi.